Selamat Datang

D Wajan Food

Powered by

Shah Ler Nih@FB

 

 

E-Mail

     

 

 

Nama Syarikat

D Wajan Food

 

Alamat

No 82-1B, Jalan Raya Barat, 41000 Klang Selangor Darul Ehsan,

Malaysia

 

Hotline

016-3111160

Tn Hj Ramdan

 

014-2611553

En Shah

 

016-3760036

Pn Rita

 

Fax

603-33720260

 

eMail:

admin@dwajan.com

 
  Menu Utama      
  Latar Belakang      
  Perkhidmatan Kami      
  Galeri      
  Ruang Info dan Pertanyaan      
         

D Wajan Food adalah sebuah syarikat Bumiputra yang telah didaftarkan pada tahun 2004 dan aktiviti  utama syarikat adalah Perunding Keselamatan dan Kebersihan Makanan serta Mengendalikan Kursus Asas Pengendalian Makanan serta beberapa lagi cabang perkhidmatan.

ILPM D Wajan Food telah diiktiraf sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kami juga  telah dilantik sebagai Panel Latihan Pengendalian Makanan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam , Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya untuk memberi kursus dan latihan kepada pengendali makanan yang beroperasi dalam kawasan tersebut. Kursus tersebut adalah bagi tujuan syarat-syarat wajib perlesenan Premis Makanan serta mengikut Peraturan Kebersihan Makanan (PKM 2009) yang mewajibkan setiap pengendali makanan mengahdiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) dan mendapat sijil LPM daripada institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

ILPM D Wajan Food mengendalikan kursus Pengurusan Premis Makanan dan Kursus Pengendali Makanan agar dapat  menghasilkan makanan yang “Bersih dan Selamat”. Selain dari itu kami juga menjadi perunding untuk mendapatkan Sijil Premis Bersih. GMP dan HACCP

Kami juga menyediakan bilik kuliah yang selesa serta peralatan multimedia yang dilengkapi dengan LCD Projektor dan peralatan untuk latihan amali bagi tujuan pemahaman yang lebih kepada para peserta kursus. Kami hanya mengenakan bayaran kursus sebanyak RM 50.00 bagi setiap peserta tidak termasuk nota rujukan dan poster.

Bagi kursus Luaran / Inhouse  Kami bersedia untuk memberikan kursus di premis atau di lokasi syarikat-syarikat persendirian mengikut keperluan-keperluan yang ditentukan, bayaran yang dikenakan adalah mengikut jumlah peserta, lokasi dan jarak serta kemudahan kursus. Kursus di lokasi / premis anda dapat menambah info serta kaedah pemberlajaran peserta kerana tenaga pengajar kami dapat mengimplitasikan pengurusan kebersihan pramis makanan di tempat anda mengeikut kesesuaian aktiviti perniagaan anda.

Matlamat kami adalah untuk mewujudkan kalangan pengendali dan pengusaha makanan yang memahami konsep pengendalian makanan yang cemerlang agar dapat menjadikan persekitaran yang bersih dan makanan yang disediakan adalah selamat.

 

 

Pengiktirafan Persijilan

Sijil Kursus yang dikeluarkan oleh ILPM D Wajan Food adalah diiktiraf oleh :

Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengiktirafan 

Jabatan Kesihatan Awam

Kementerian Kesihatan Malaysia

Tarikh: 23 April 2011

No Rujukan: KKM-163 / SLPM / D4

Kod SLPM : A / B / 008

 

   
 

 Panel kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Majlis Perbandaran Klang

Majlis Bandaraya Shah Alam

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Majlis Daerah Kuala Selangor

Majlis Perbandaran Sepang

Sijil yang dikeluarkan boleh diguna pakai disemua kawasan PBT di seluruh Malaysia.

 

   
       

Lokasi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara 2007 D Wajan Food

admin@dwajan.com