|
|
Selamat Datang
|
|
D Wajan Food |
|
Powered by |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama Syarikat D Wajan Food
Alamat No 82-1B, Jalan Raya Barat, 41000 Klang Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Hotline 016-3111160 Tn Hj Ramdan
014-2611553 En Shah
016-3760036 Pn Rita
Fax 603-33720260
eMail: admin@dwajan.com |
|||||
| Latar Belakang | ||||||
| Perkhidmatan Kami | ||||||
| Galeri | ||||||
| Ruang Info dan Pertanyaan | ||||||
|
|
Di Wajan Food adalah sebuah Sekolah Latihan yang menjalankan Kursus Pengendali Makanan serta mengeluarkan sijil LPM khusus untuk para pengusaha dan pengendali makan bagi tujuan perlesenan dan pematuhan Akta Makanan 1983 ( AKTA 281) dan Peraturan Kebersihan dan Keselamatan Makanan 2009. Serta Undang-Undang Kecil Perlesenan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
|
|
|
|||
|
|
INFO AWAM |
|
|
|||
|
|
Cabutan dari, AKTA MAKANAN 1983 PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009 Latihan pengendali makanan 30. (1) Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapat mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh Pengarah. (2) Menteri boleh, jika difikirkannya perlu, mengkehendaki mana-mana pengendali makanan untuk menghadiri mana-mana latihan pengendali makanan tambahan di mana-mana institusi yang ditentukan oleh Pengarah. (3) Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebut dalam subperaturan (1) atau yang tidak menghadiri mana-mana latihan yang disebut dalam subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
Kewajipan am tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan 11. (1) Seseorang tuanpunya, pemunya atau penghuni premis makanan hendaklah– (a) memastikan premis makanannya mematuhi semua kehendak Bab 2 dan 3 Bahagian ini; (b) Tidak menggaji atau membenarkan mana-mana pengendali makanan bekerja di premis makanannya melainkan jika pengendali makanan itu telah menjalani latihan pengendali makanan dan telah diperiksa dari segi perubatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar masing-masing sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 30 dan 31; (c) mengekalkan dan menyediakan untuk pemeriksaan suatu rekod latihan, pemeriksaan kesihatan dan perakuan pemvaksinan bagi tiap-tiap pengendali makanan yang digaji olehnya atau yang bekerja di premis makanannya; dan (d) mengekalkan dan bersedia untuk pemeriksaan bagi segala rekod berkaitan dengan pembersihan, pembungkusan, pemprosesan, penyimpanan dan pengedaran makanan. (2) Mana-manatuan punya, pemunya, penghuni premis makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
|
|
|
|||
|
|
|
|
||||
|
|
Untuk menjalani Kursus sila hubungi.. D Wajan Food Tel : 016 3111160 atau 016 3111838
|
|
|
|||
|
|
Jadual Kursus
Setiap hari Rabu 2.30 pm dan Sabtu 9.00am Bagi Kursus Luaran / Inhouse, tarikh dan masa mengikut kesesusian.
PENDAFTARAN!!! Sila senaraikan..... Nama Penuh setiap peserta No Kad Pengenalan / Passport setiap peserta Nama Syarikat (Jika Syarikat) Alamat Penuh No telefon yang perlu dihubungi dan emailkan ke..... admin@dwajan.com
|
|
|
|||
|
|
|
|
||||
|
|
|
|
||||
|
|
|
|
||||
|
|
|
|
||||
|
|
|
|
||||
|
Hakcipta Terpelihara 2007 D Wajan Food |
||||||